the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen: Murid Bumiputra di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun – KPM

KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid Bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun daripada 11.67 peratus pada 2014, kepada 18.52 peratus tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam jawapan bertulis di laman Parlimen, menyatakan kemasukan murid bukan Bumiputera di SJKC pula menunjukkan penurunan bagi tempoh sama daripada 88.33 peratus kepada 81.48 peratus.

Trend sama direkodkan bagi kemasukan murid bukan Bumiputera di Sekolah Kebangsaan (SK) yang menurun daripada 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus pada 2024, manakala kemasukan murid Bumiputera ke sekolah berkenaan untuk tempoh sama meningkat daripada 93.81 peratus kepada 95.12 peratus.

“Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid Bumiputera daripada 0.38 peratus pada 2014 kepada 0.49 peratus tahun ini, dan kadar murid bukan Bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus untuk tempoh sama,” menurut KPM.

Selain itu KPM memaklumkan sehingga 31 Mei tahun ini, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 orang dengan 29,225 atau 32.9 peratus daripadanya bukan warganegara, manakala 59,726 (67.1 peratus) adalah warganegara, merangkumi 19.9 peratus Bumiputera dan 80.1 peratus bukan Bumiputera.

KPM berkata kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa turut merekodkan peningkatan 34 peratus dari tahun 2019 ke 2024, dan dalam tempoh itu enrolmen murid Bumiputera turut meningkat 49.4 peratus dan murid bukan Bumiputera meningkat 30.6 peratus.

Kenyataan itu dikemukakan bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang ingin tahu statistik bilangan dan peratusan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings