the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen: Tiada kenaikan harga barang luar biasa dikesan susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa tiada kenaikan harga barang yang luar biasa dikesan susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel sejak 10 Jun lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata melalui Ops Kesan, bahagian penguatkuasaan kementerian telah melaksanakan 14,195 pemeriksaan ke atas pelbagai premis perniagaan bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan.

“Bahagian Harga Barang Negara turut memantau 418 jenis barangan keperluan harian, dan daripada data yang kita teliti setiap hari, kita dapati tiada turun naik (harga) yang luar biasa,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai impak rasionalisasi subsidi diesel terhadap harga barangan dan peningkatan kos sara hidup rakyat, di samping peningkatan kadar cukai perkhidmatan dan tarif elektrik serta air.

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan ada membuat semakan secara harian atau mingguan, Fuziah berkata pihak kementerian menggerakkan 2,200 pegawai penguatkuasa dan 900 pegawai pemantau harga setiap hari bagi memantau dan mengumpul data simpanan stok (SKU) harga barang.

“Saya nak maklumkan sebenarnya sejak 2 Mei lepas, hampir sebulan sebelum penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, pegawai penguat kuasa sudah turun padang dan kumpul maklumat berkenaan harga barang, dan sehingga kini 14,729 SKU harga barang telah direkodkan supaya kita boleh buat perbandingan kalau ada kenaikan dan kalau ada penurunan.

“Kalau ada kenaikan atau penurunan, itu perkara biasa dalam pasaran ekonomi terbuka, apa yang kita cari ialah kalau ada elemen pencatutan dan elemen kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya.

Sementara itu Fuziah berkata daripada 14,195 premis yang diperiksa, 243 notis dikeluarkan untuk memohon penjelasan kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Ini maksudnya kita sudah buat sesuatu, dan kita sudah panggil 17 syarikat ke kementerian untuk beri penerangan kenapa mereka menaikkan harga barang tanpa sebab atau alasan munasabah, dan kita juga sudah buka kes siasatan, ini tindakan yang diambil,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings