the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pejabat PM rakam takziah pemergian dua petugas RTM

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas pemergian dua petugas jabatan itu baru-baru ini.

Petugas berkenaan adalah Penolong Pengarah Seksyen Perhubungan Antarabangsa Jabatan Penyiaran RTM Khairul Azli Rahim dan Ketua Jurukamera Unit Visual RTM Jazarul Arif Jamaludin.

“Mendoakan agar keluarga mereka juga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” menurut hantaran PMO di Facebook.

Khairul Azli, 45, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5.16 petang semalam akibat pendarahan otak.

Jazarul Arif pula meninggal dunia pada 1.52 pagi, 22 Nov lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengadu sesak nafas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings