the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuh Raya KL-Karak

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori tangki maut selepas kenderaan membawa muatan minyak sawit dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Lipis, Pahang.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin dan basah,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Noor Ariffin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 5.45 petang semalam dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Rohaizad Hashim di 012-2924420 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings