the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik gedung tekstil didakwa subahat sebabkan cedera parah ke atas abang ipar

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik gedung tekstil terkemuka di ibu negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menyebabkan kecederaan parah ke atas abang iparnya yang juga seorang bekas hakim, bulan lepas.

Pavitar Singh Manjeet Singh, 54, didakwa bersubahat bersama Muhammad Shahrulnizam Mohd Maimun dan Muhammad Asyraf Sharin menyebabkan cedera parah ke atas Datuk Jagjit Singh Bant Singh, 67, yang kini peguam, menggunakan pemutar skru di sebuah pejabat di Solaris Dutamas, Publika, di sini pada 12.50 tengah hari, 19 Okt lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub berkata pihaknya tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan, pendakwaan menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Jeremy Vinesh Anthony mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga kepada isteri dan seorang anak.

“Anak guam saya adalah Pengerusi Gurdwara Sahib Titiwangsa dan mempunyai hubungan rapat dengan komuniti, selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri. Tertuduh memberi kerjasama kepada pihak polis selama empat hari ditahan dan ini kali pertama dia didakwa di mahkamah,” kata peguam itu.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin warganegara dan menetapkan 5 Dis ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings