the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik perniagaan barangan lusuh ditahan SPRM kerana rasuah penguat kuasa

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat telah menahan seorang pemilik perniagaan barangan lusuh kerana kesalahan memberi rasuah kepada penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan lelaki tersebut telah memberikan wang rasuah sebanyak RM8,000 kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan selanjutnya kerana menjalankan aktiviti mengumpul barangan lusuh tanpa permit.

Terdahulu, premis perniagaan individu itu telah diberikan Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan (No. 00575) Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings