the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

‘Pemulihan’ sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan

KUALA LUMPUR: Proses pemulihan dan pembinaan semula lokasi sekitar insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, dijangka memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Beliau berkata kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan melibatkan laluan sepanjang kira-kira 200 meter dari Wisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India.

Kawasan itu, katanya ketika ini telah ditutup dengan penghadang bagi membolehkan kerja pembaikan dan kajian terperinci dijalankan berhubung sistem utiliti bawah tanah selain beberapa perkara berkaitan oleh agensi dan pihak berkenaan.

“Untuk melihat sistem utiliti bawah tanah itu memerlukan masa dan ia akan melibatkan agensi seperti Indah Water Konsortium serta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk membuat pemeriksaan sekiranya terdapat kebocoran pada paip.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memeriksa kabel kerana di kawasan dinding (yang berada di bawah tanah) juga terdapat kabel syarikat itu, manakala Jabatan Mineral dan Geosains pula akan memberikan butiran terperinci tentang laporan teknikal dan kestabilan tanah (sekitar lokasi kejadian),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Maimunah berkata satu jawatankuasa khas yang dibentuk pada 25 Ogos lepas juga dijadual membuat perbincangan esok berhubung tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

Beliau berkata peniaga sekitar lokasi kejadian boleh menjalankan perniagaan seperti biasa, namun orang ramai dinasihatkan untuk tidak melepasi pita kuning yang dipasang pasukan polis dan hanya menggunakan laluan pejalan kaki sepanjang proses pemulihan dijalankan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan G.Vijaya Lakshmi, 48, dihentikan dan beralih ke fasa ‘search and recovery’ selepas sembilan hari pencarian mangsa dijalankan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings