Your Title

KOTA KINABALU: Seorang Pengawas Hutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembalakan, lima tahun lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Abidin Jaya, 50, selaku Pengawas Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah didakwa meminta suapan wang RM30,000 dan menerima suapan RM15,000 daripada seorang pengarah syarikat pembalakan sebagai dorongan meringankan impak laporan kesalahan aktiviti pembalakan di luar kawasan.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah hotel di Keningau pada 14 Sept 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Jason Juga menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh dikehendaki melapor diri dua bulan sekali di pejabat SPRM Sandakan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Sabrina Ali manakala tertuduh diwakili peguam Noor Ilienna Rahayu Ibrahim.