the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggabungan OFS dan SIDREC kini dalam proses akhir

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) kini dalam proses akhir penyelesaian penggabungan bagi memastikan operasi penuh Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) menjelang 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata langkah ini sejajar dengan komitmen berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan kebolehcapaian skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur.

“Sejajar dengan pelaksanaan penggabungan tersebut dan bagi memastikan kepentingan pengguna institusi kewangan terus dilindungi, BNM telah melaksanakan kajian semula had monetary award bagi pertikaian yang akan dikendalikan oleh FMOS.

“Kajian semula ini untuk memastikan skim ombudsman kewangan yang ditadbir dan dikendalikan oleh FMOS kekal relevan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam ekosistem kewangan yang berkembang pesat dari segi digital serta pembangunan dan inovasi kewangan yang bertambah kompleks,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk membubarkan atau menggantikan OFS yang setakat ini dianggap terlalu memihak institusi perbankan sehingga kepentingan pengguna institusi kewangan tidak dilindungi.

Lim berkata penggabungan dua entiti ini mewujudkan sistem yang lebih koheren dan berkesan untuk perlindungan pengguna kewangan dan pelabur.

“Operasi FMOS dijangka dapat menyediakan standard dan keputusan yang konsisten, memastikan semua pengguna kewangan dan pelabur menerima tahap perkhidmatan dan perlindungan yang sama.

“Melalui penggabungan ini, pengguna akan mempunyai satu titik hubungan untuk mengemukakan aduan, memudahkan navigasi sistem tanpa perlu mengenal pasti pelbagai badan yang terlibat,” katanya.

Selain itu, katanya skim penyelesaian pertikaian yang tunggal dapat mempercepatkan proses, mengurangkan masa menunggu pengguna dan pelabur serta meningkatkan kecekapan penyelesaian aduan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img