the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengusaha inap desa di Melaka terus diberi bimbingan

MELAKA: Pengusaha inap desa berdaftar di Melaka akan diberi bimbingan berterusan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya melibatkan aspek pengemasan penginapan atau ‘housekeeping’ sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi Persatuan Pemilik Homestay dan Kampungstay Melaka Datuk Akramuddin Abd Aziz berkata bimbingan itu akan menjadi nilai tambah kepada kualiti perkhidmatan sedia ada susulan tempahan inap desa di Melaka melonjak 100 peratus tahun ini.

“Sebagai contoh paling ketara adalah pada cuti sekolah ini yang turut bersambung dengan cuti peristiwa, hampir 100 peratus inap desa di kawasan Alai yang mempunyai 15 pengusaha dan 42 bilik penuh ditempah.

“Jadi saya merancang untuk mengadakan kursus seperti cara-cara membersihkan bilik dan mengemas katil kerana ini adalah antara komponen penting yang amat dititikberatkan oleh pengunjung yang menginap di mana-mana inap desa,“ katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Empowering Homestay 2.0@Alai di Balai Raya Kampung Baruh Alai di sini hari ini yang dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Beliau berkata usaha itu juga sebagai suntikan semangat kepada pengusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi menarik lebih ramai pengunjung, selaras dengan hasrat kerajaan negeri mencapai sasaran 18.7 juta pelancong sempena TMM2024.

“Setakat ini juga, kolaborasi dari pelbagai pihak terutama daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Penerangan dan agensi berkaitan pelancongan amat baik malah sentiasa memberi sokongan,“ katanya.

Terdahulu lebih 1,000 orang memeriahkan program tersebut yang dianjurkan bersama Politeknik Merlimau dan Homestay Alai, melibatkan pelbagai aktiviti dan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerangan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings