• 2025-07-05 06:22 PM

IPOH: Seorang peniaga air kelapa mengalami kecederaan selepas gerainya dirempuh sebuah kereta yang dipandu pasangan warga emas berhampiran Kuarters Polis Daerah Kuala Kangsar.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu berlaku pagi tadi. Kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 73 tahun bersama isterinya, 69 tahun, terlebih dahulu melanggar kereta Honda City sebelum merempuh gerai peniaga berusia 49 tahun itu.

“Pasukan bomba menerima panggilan pada 11.35 pagi dan segera ke lokasi. Kesemua mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans,“ katanya dalam kenyataan. Operasi penyelamatan selesai dalam tempoh 20 minit.