the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peratusan pekerjaan Orang Asli konsisten 0.3% dari 2019 hingga 2023

GUA MUSANG: Peratusan permohonan pekerjaan bagi komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia kekal konsisten pada 0.3 peratus sepanjang lima tahun dari 2019 hingga 2023. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, walaupun peratusan itu kecil, terdapat peningkatan ketara dalam pelantikan Orang Asli ke perkhidmatan awam.

“Pada 2023, seramai 94 Orang Asli dilantik berbanding hanya 45 orang pada 2022. Ini menunjukkan usaha kerajaan dalam memberi peluang pekerjaan kepada komuniti ini semakin berkesan,“ katanya semasa berucap di Program Kembara Kerjaya MADANI SPA @ Gua Musang di Dewan Dato’ Ariffin Said.

Program itu bertujuan memudahkan akses maklumat pekerjaan kepada masyarakat luar bandar, termasuk Orang Asli, yang sering menghadapi cabaran seperti kekurangan jaringan Internet atau kesukaran untuk ke bandar.

“SPA bekerjasama dengan PERKESO untuk memberi sokongan dan panduan kepada mereka yang ingin memohon pekerjaan, sama ada dalam sektor awam atau swasta,“ jelas Ahmad Jailani.

Lebih 1,000 pengunjung hadir dalam program tersebut, melebihi sasaran yang ditetapkan. Seramai 20 jabatan dan agensi turut serta, termasuk PERKESO, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Kami komited memastikan semua rakyat, tanpa mengira lokasi atau latar belakang, mendapat peluang yang sama dalam kerjaya sektor awam,“ tegas beliau.

Program ini diharap dapat menjadi platform lebih inklusif bagi membantu masyarakat luar bandar mendapatkan maklumat pekerjaan secara langsung. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings