the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perdagang, cedera amah warga Indonesia: Suami isteri diperintah bela diri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan sepasang suami isteri membela diri atas enam pertuduhan memperdagang dan mencederakan seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan air panas, empat tahun lepas.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap peniaga besi buruk Lim Tuan Ann, 45, dan isterinya, Lim Siew Lan, 44.

“Setelah mendengar dan membuat penilaian maksimum keterangan saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh masing-masing di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta pertuduhan di bawah Seksyen 325 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri atas pertuduhan-pertuduhan dihadapi,“ katanya.

Beliau turut memaklumkan pasangan itu bahawa mereka mempunyai tiga pilihan iaitu berdiam diri, memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal balas oleh pendakwaan atau memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi yang boleh disoal balas.

Pasangan itu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah manakala suami isteri itu diwakili peguam Asheeq Ali Sethi Alivi.

Pendakwaan telah memanggil 15 saksi dalam perbicaraan kes itu yang bermula pada 31 Mac 2021.

Tuan Ann didakwa memperdagang mangsa yang berusia 26 tahun itu bagi maksud eksploitasi pengabdian di rumahnya di Taman Batu, Sentul di sini pada 24 Nov 2020 mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Siew Lan pula didakwa memperdagang mangsa bagi maksud eksploitasi menggunakan kekerasan di lokasi dan tarikh sama mengikut Seksyen 13 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut berdepan empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa antaranya menggunakan air panas di lokasi sama antara 1 Ogos dan 13 Nov 2020 mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum masing-masing penjara tujuh dan 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings