the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perwakilan Amanah mahu perbuatan “takfiri” dibanteras

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KLANG: Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meluluskan usul agar pemikiran “takfiri” iaitu perbuatan seseseorang yang mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam (kafir) dalam kalangan individu dan parti politik, dibanteras sepenuhnya daripada berleluasa di negara ini.

Usul yang dibawa perwakilan Amanah Kawasan Kubang Pasu Asri Bahrom itu diterima sebulat suara pada Konvensyen Nasional Amanah yang dihadiri hampir 1,000 perwakilan di sini.

Asri ketika membentangkan usul berkenaan turut mengemukakan empat langkah untuk menangani pemikiran berkenaan yang mengkafirkan sesama umat Islam sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Beliau berkata empat langkah itu termasuk mendesak kerajaan Persekutuan, pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan di negara ini agar mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu atau parti politik yang secara terang-terangan menyebarkan serta membawa fahaman takfiri.

“Saya mendesak agar Parlimen mengkaji semula atau menggubal undang-undang serta akta yang boleh menjadi punca kuasa melaksanakan penguatkuasaan berkaitan penyebaran pemahaman itu.

“Saya juga meminta Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi merangka kurikulum yang memberi kefahaman dan pengetahuan yang betul berkaitan perkara yang merosakkan akidah ini,“ katanya.

Untuk tujuan itu, beliau juga meminta kerajaan agar melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak-pihak berkepentingan untuk turut serta dalam proses penggubalan dasar dalam menangani masalah takfiri.

Sementara itu, semasa sesi perbahasan, perwakilan Kuala Pilah Khairul Azidi turut mencadangkan agar Perintah Kawalan Politik (PKP) dilaksanakan terhadap pihak-pihak yang membawa pemikiran takfiri supaya perbuatan itu dapat dihalang seterusnya memelihara kesucian agama Islam.

“Wabak takfiri ini lebih bahaya daripada Covid-19 yang membuatkan Islam terancam serta lebih parah menyebabkan masyarakat (solat) berjemaah satu kampung tetapi dua imam. Kerajaan mesti melaksanakan PKP dan hentikan golongan yang berlagak seolah-olah memegang kunci syurga dan neraka,“ katanya.

Wakil Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Soraya Salim ketika perbahasan usul itu pula mahu kerajaan segera membentangkan Rang Undang-Undang Antikebencian Kaum dan Agama yang telah tertangguh sekian lama bagi membendung fahaman takfiri dan ekstremisme di dalam negara yang majmuk.

“Rang undang-undang ini ialah satu undang-undang komprehensif yang kita lihat tidak bersikap drakonian tetapi lebih bersifat untuk mengawal dan mewujudkan suasana kondusif untuk iklim politik di Malaysia,” katanya.

Pada konvensyen hari ini, Amanah turut meluluskan tiga usul lain iaitu mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memulakan proses persempadanan semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, menggesa kerajaan segera meluluskan Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial dan solidariti bersama rakyat Palestin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img