the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara wanita rugi RM730,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Seorang pesara syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM730,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata wanita itu seterusnya membuat pendaftaran melalui laman web Bitpanda yang merupakan platform saham bagi tujuan melabur dan telah memindahkan wang sebanyak RM730,000 dengan 19 transaksi ke 14 akaun berbeza bermula 20 April sehingga 9 Jun lepas.

“Mangsa yang menggunakan wang simpanannya dan pinjaman daripada rakan untuk melabur pada mulanya telah berjaya mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM5,000 sebelum laman web tersebut tidak dapat diakses, malah suspek turut meminta mangsa membuat penambahan wang untuk pelaburan itu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang menyedari terpedaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img