the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa – KPN

KUALA LUMPUR: Penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata orang ramai masih boleh membuat aduan dan laporan seperti biasa.

Beliau berkata arahan kepada semua balai itu akan dilaksanakan selepas prosedur operasi standard (SOP) mengenainya dibentangkan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Kassim.

“Seperti yang ditegaskan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kita seharusnya mengimbangi bahawa balai polis adalah tempat rakyat mengadu dan pada masa sama balai polis turut menjadi sasaran ancaman, jadi kita seimbangkan antara dua keperluan itu,“ katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata pelaksanaan arahan agar pintu pagar balai ditutup selepas 10 malam setakat ini melibatkan balai di kawasan terpencil dan luar bandar.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, baru-baru ini.

Saifuddin Nasution berkata arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings