the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar kecam serangan di Kashmir, seru keadilan dan perpaduan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, menyifatkan ia sebagai serangan yang dirancang dan tidak berperikemanusiaan.

Anwar memetik laporan bahawa mangsa sengaja diasingkan sebelum dibunuh dan kekejaman itu tidak boleh diterima serta tiada tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

“Bagi pihak semua rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Kami mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih,“ kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata ketika saat-saat tragedi ini, kebijaksanaan dan kesabaran adalah penting dan tindakan keganasan yang boleh menyebabkan perpecahan ini tidak boleh dibiarkan.

“Sebaliknya, marilah kita mengukuhkan lagi komitmen bersama – di rantau ini dan antarabangsa – terhadap keamanan, keadilan dan maruah insan,“ kata beliau.

Perdana Menteri turut menyeru komuniti antarabangsa untuk menyokong usaha mengenal pasti dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.

“Kita juga perlu memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan, supaya kekejaman sebegini tidak berulang dan tidak diberi pengiktirafan,“ kata beliau.

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah pelancong di Kashmir pada Selasa, memaksa Perdana Menteri India Narendra Modi memendekkan lawatannya ke Arab Saudi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories