KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Beliau turut mendoakan agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong. Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 23 Mac 2025.

“Allah peliharakan Sultan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.