the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru lelaki kes samun rantai emas bersenjata parang

SHAH ALAM: Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai bunga di Jenjarom, Kuala Langat semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada 4.50 petang yang mendakwa disamun ketika bersama anaknya di kedai bunga berkenaan sekitar pukul 1.30 tengah hari.

Menurut laporan, mangsa didatangi sekumpulan lelaki yang disyaki warga tempatan menggunakan sebuah kereta Proton Saga berwarna putih dalam keadaan kepala bertutup dan bersenjatakan parang.

“Lelaki berkenaan mengacukan parang kepada mangsa sebelum meragut rantai emas pada leher pengadu yang dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sufian berkata mangsa dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings