the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan individu umpil tabung masjid libatkan kerugian RM3,000

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi semalam yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata perbuatan suspek yang memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi semalam.

Beliau berkata kejadian itu disedari setiausaha masjid pada 9.30 malam hari yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya),” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings