KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan sebagai saksi berkaitan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini, pada 29 Julai ini.

Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataannya memaklumkan Mohd Fazreen Azzemi, 30, beralamat terakhir di Nombor 14 A, Blok E, Perumahan Awan Sri Perlis 2, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan boleh menghubungi Insp Nik Nuhairi Syazwan Nik Ab Rahman di talian 011-17824934 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-21159999,“ menurut kenyataan itu.