the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis serbu program LGBT di Kota Bharu, rampas ratusan kondom dan ubat HIV

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan menyerbu satu program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) melibatkan lebih 20 lelaki tempatan di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin di sini pada pertengahan Jun lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat awam dan risikan pasukan khas selepas menerima aduan mengenai penganjuran pesta makan-makan yang dipercayai dikhaskan untuk golongan gay.

“Maklumat awal yang kita terima menunjukkan perjumpaan itu dihadiri lebih 100 lelaki tempatan, namun ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 1 pagi, sebahagian besar sudah beredar dan hanya tinggal lebih 20 orang.

“Serbuan dilakukan selepas risikan mendapati perhimpunan itu bermula pada waktu malam dan dijangka berlarutan hingga ke pagi, dengan bayaran dikenakan untuk menyertai acara yang dipromosikan melalui media sosial itu,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata hasil pemeriksaan di lokasi turut menemukan ratusan keping kondom dan beberapa kotak ubat HIV di dalam sebuah bilik khas yang dipercayai dijadikan tempat simpanan oleh penganjur.

Selain itu, siasatan terhadap telefon bimbit milik tiga individu menemukan rakaman video lucah berunsur gay.

“Daripada lebih 20 orang yang ditahan, hanya tiga individu didakwa kerana mereka didapati memiliki bahan lucah itu dalam telefon bimbit. Siasatan juga mendapati tiada perlakuan seks berlaku di lokasi ketika serbuan dijalankan, malah semua masih berpakaian lengkap.

“Bagaimanapun, kondom dan ubat HIV yang ditemukan menunjukkan ia sebagai persediaan sekiranya berlaku,” katanya.

Beliau berkata mereka yang terlibat berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam.

“Pertemuan gay berkenaan adalah pertama kali berlaku di Kelantan dan polis berjaya mengesan serta menyerbu pertemuan seumpama ini,” katanya.

Mohd Yusoff turut memaklumkan ada antara peserta didapati menghidap HIV dan mengambil ubat rawatan sebagai langkah pencegahan.

“Polis juga akan terus memantau pergerakan kumpulan gay seperti ini kerana kita bimbang ia menjadi lebih aktif dan berani,” katanya – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

When festivals become the beginning of a journey: Discover Malaysia at each individual’s pace,...

Explore Malaysia beyond iconic landmarks through festivals, culture, cuisine and unique city experiences. ONYX Hospitality Group showcases personalised journeys across Penang, Kuala Lumpur and Johor Bahru, offering travellers meaningful moments and flexible stays tailored to their own pace and preferences.

ST Telemedia Global Data Centres delivers on responsible scaling, surpassing 2028 carbon intensity target...

ST Telemedia Global Data Centres achieved major sustainability milestones in its 2025 ESG Report, including 83.2% renewable energy usage and a 70.5% carbon intensity reduction, surpassing its 2028 target three years early while advancing responsible digital infrastructure growth.

TELOSIN introduces “The Dual Transformation,” pairing Y PRO Red and Y PRO Blue with...

TELOSIN has introduced "The Dual Transformation," a new approach to personalised at-home skincare built around two dedicated light-based beauty devices—the Y PRO Red and Y PRO Blue—and the complementary Lumiactive Collection.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings