the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Terengganu rampas dadah lebih RM70 juta tahun lepas

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya merampas dadah bernilai RM76.42 juta pada tahun lepas, meningkat hampir 25 kali ganda berbanding RM3.1 juta pada 2023.

Ketua Polis Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata kadar tangkapan juga meningkat daripada 10,327 orang pada 2023, kepada 11,893 orang tahun lepas.

Beliau berkata ia hasil aktiviti penguatkuasaan yang lebih agresif dan penubuhan pasukan petugas khas untuk membanteras aktiviti penagihan.

“Selain itu kita juga berjaya menahan 56 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 pada 2024.

“Sebahagian besar rampasan melibatkan dadah jenis syabu dan pil yaba yang mudah diperoleh dengan harga murah berbanding dadah jenis lain,“ katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Khairi berkata 1,330 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian berjumlah RM42.06 juta direkodkan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata ia menunjukkan peningkatan 7.51 peratus berbanding 1,237 kes dengan nilai kerugian RM33.76 juta pada 2023.

“Jumlah tangkapan bagi kes jenayah komersial juga meningkat kepada 742 orang pada 2024 berbanding 710 orang pada 2023,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings