the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK DUN Ayer Kuning: BN tukar tarikh umum calon kepada 7 April

TAPAH: Barisan Nasional (BN) menukar tarikh pengumuman calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning daripada 5 April kepada 7 April ini, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh.

“Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat kebangsaan dijangka diadakan pada 5 April di Melaka, jadi semua orang ke sana dan pada keesokannya kita turut mengambil kira orang ramai akan pulang ke kawasan masing-masing selepas seminggu berhari raya, jadi lebuh raya akan sesak.

“Oleh itu, kita akan mengadakan pengumuman pada 7 April bersempena dengan Sambutan Aidilfitri Parlimen Tapah,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Saarani berkata BN tidak pernah meragui kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap gabungan berkenaan dan berharap golongan terbabit akan terus memberi sokongan penuh pada PRK itu supaya BN dapat meneruskan kesinambungan membantu rakyat.

Saarani berkata secara keseluruhan, DUN itu mempunyai sebanyak 2,156 pengundi Orang Asli dengan sebahagiannya berada di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bidor.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata BN tidak gentar menghadapi mana-mana calon termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau pertandingan lebih tiga penjuru pada PRK itu.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi PSM S. Arutchelvan mengumumkan parti berkenaan akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi itu yang pernah ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15, namun tewas selepas calon mereka Bawani KS hanya memperoleh 586 undi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings