the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Aidiladha komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Jabatan Perdana Menteri dalan satu kenyataan memaklumkan kesemua penerima merupakan isi rumah di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bandar kurang daripada RM2,589 sebulan.

“Sumbangan kotak makanan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengandungi barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak, gula, tepung, susu, minyak, bihun, mi segera, biskut, kordial dan sebagainya bagi meringankan beban golongan yang memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidiladha pada 17 Jun nanti,” menurut kenyataan itu.

Majlis anjuran bersama Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Penaung PUSPANITA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut menjunjung kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada penduduk Kuala Lumpur yang memerlukan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

PH candidate undaunted by Machap challenge against Johor MB

Nur Hafiz Roslan, the Pakatan Harapan candidate for Machap, remains unfazed by facing Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, citing political history as proof no seat is unbeatable.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings