the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat M’sia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura – Pesuruhjaya Tinggi

SINGAPURA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di sini supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan.

Katanya ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa di negara ini.

“Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.

“Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini, Rabu malam.

Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu dihadiri lebih 80 rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada golongan pekerja.

Vape adalah diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 (RM7,000) bagi setiap kesalahan.

Ia juga merupakan satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya.

Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings