the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan siap sedia hadapi Taufan Krathon

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran darat dan laut di kawasan selatan dan tenggara Taiwan, manakala hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

“Rakyat Malaysia yang berada atau melawat kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Dapatkan maklumat melalui sumber berita yang boleh dipercayai dan patuhi nasihat tempatan mengenai pemindahan, perjalanan dan aktiviti luar,“ menurut kenyataan itu pada Selasa.

Kementerian juga menggalakkan rakyat Malaysia di Taiwan yang memerlukan bantuan konsular atau yang belum mendaftar supaya segera menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di alamat: Tingkat 8, Bangunan Plastik San Ho, No.102, Jalan Dun Hua Utara, Taipei, Taiwan, telefon: +886 2 2713 2626 / +886 910 725 438 dan e-mel: [email protected].

Kementerian akan terus memantau keadaan dan menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

Berjaya Property, China’s Wanli Tire in US$320 million tyre-manufacturing joint venture

Companies to establish high-performance, state-of-the-art facility in Bukit Tagar, Selangor

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings