the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata perincian berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.

Beliau berkata buat masa ini RUU itu di peringkat perbincangan untuk diperincikan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.

“Kita sedang bincang dan dengar pelbagai pandangan… bermakna tidak ada pertikaian mengenai soal Sunnah Wal Jamaah, (kita) rujuk kepada (Mazhab) Syafie, Hanafi, Maliki atau Hambali dan pandangan-pandangan lain.

“Perincian itu ada dibincangkan dan saya serah kepada pakar,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Global MADANI Forum 2024 yang bertemakan ‘Catalysing The Next Civilisational Revival’, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas laporan sebuah portal bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Mohd Na’im pada 2 Julai lepas.

Baginda dilaporkan bertitah demikian menerusi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang kemudiannya membuat hantaran di Facebook.

Dalam perkembangan lain Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak kemungkinan elemen sogokan sebagai punca menyebabkan usaha menghapuskan kegiatan pelacuran di ibu kota masih tidak berjaya, walaupun tindakan penguatkuasaan kerap dilaksanakan.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan pimpinannnya telah mengambil tindakan keras bagi membanteras kegiatan itu sejak tahun lepas, termasuk arahan diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

“Saya percaya jika ada sarang pelacuran, sarang perjudian haram, semua ini mesti ada elemen sogokan,“ katanya yang turut menyifatkan kegiatan tidak bermoral itu telah berlarutan begitu lama.

Anwar berkata demikian semasa ditanya mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa kegiatan pelacuran di ibu kota masih tidak dapat dihapuskan, manakala Indonesia berjaya menutup pusat pelacuran terbesar Asia Tenggara yang terletak di Surabaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings