the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja perempuan dilaporkan hilang ditemukan di stesen bas

KUANTAN: Remaja perempuan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai, ditemukan selamat di sebuah stesen bas di Triang, Bera hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata gadis itu ditemukan orang awam 2.30 petang tadi dan telah dibawa ke balai polis berdekatan.

“Remaja itu ditemui dalam keadaan stabil dan kita akan bawa ke hospital untuk pemeriksaan bagi keperluan siasatan. Kita juga akan rakam percakapan remaja itu sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja selepas dilaporkan hilang di Lurah Bilut, Bentong.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings