Wednesday, November 5, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sarawak lancar cip AI generasi baharu hujung September 2024

The Sun Webdesk

SARIKEI: Sarawak akan melancarkan satu lagi peranti berasaskan kecerdasan buatan pada hujung September ini sebagai langkah merealisasikan visi menjadi pencipta teknologi.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cip baharu itu mempunyai kapasiti lebih tinggi berbanding peranti terdahulu.

“Peranti ini akan menambah nilai kepada apa yang disebut sebagai AI power chip.”

“Ia generasi baharu yang dicipta anak Sarawak melalui Sarawak Microelectronic Design dengan kerjasama CSA Catapult, United Kingdom,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Dewan Suarah Sarikei.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafa dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Pada April lepas, Abang Johari melancarkan KETEQ AI di Cardiff, United Kingdom yang kini menunggu pendaftaran harta intelek sebelum dikomersialkan.

Sarawak turut menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak sebagai hab rujukan dan inovasi AI.

Pusat ini berperanan melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memupuk penyelidikan dan pembangunan.

Ia juga menyediakan platform kepada syarikat pemula dan usahawan tempatan untuk menembusi pasaran global. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img