the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seramai 8,909 pelajar ditawarkan lanjut pelajaran di MRSM tahun ini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Seramai 8,909 pelajar ditawarkan tempat bagi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu dan Empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi kemasukan sesi 2025, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pemohon yang berjaya telah memenuhi kelayakan minimum termasuk melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan memenuhi syarat lain yang ditetapkan.

“Bagi tahun ini, MARA menerima sebanyak 93,635 permohonan bagi (kemasukan) ke Tingkatan Satu dan Empat, hanya 8,909 sahaja berjaya ditempatkan.

“Seramai 7,229 pelajar ditempatkan bagi kemasukan Tingkatan Satu manakala seramai 1,680 pelajar bagi Tingkatan Empat,” katanya kepada pemberita selepas majlis MARA Integrated Accounting Conference (MiCA) di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata MARA terus komited dengan dasar inklusifnya dengan menawarkan 60 peratus tempat di MRSM kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan kawasan luar bandar.

Beliau berkata faktor kewangan tidak seharusnya menjadi halangan bagi pelajar menerima tawaran diberikan kerana MARA telah mengambil langkah membantu keluarga yang memerlukan, khususnya keperluan seperti pakaian seragam, buku dan peralatan asrama.

“Ibu bapa atau penjaga disarankan berhubung dengan pihak MARA atau MRSM yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

MARA turut memberi jaminan usaha mengekalkan kualiti pendidikan di MRSM akan terus diperkukuh, sejajar falsafahnya untuk melahirkan pelajar holistik dan cemerlang dalam pelbagai aspek.

Semakan tawaran dibuka hari ini bermula 12 tengah hari secara dalam talian dan makluman kepada pemohon berjaya telah dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan dibuat.

Pemohon yang tidak membuat pengesahan terima dalam tempoh tujuh hari dianggap menolak tawaran.

Bagi pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pada 13 Jan, semakan kedua (27 Jan), semakan ketiga (3 Mac) dan semakan keempat (17 Mac).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img