the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja – Ahmad Zahid

SHANGHAI: Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.

Justeru katanya, dalam isu ini tiada pihak seharusnya berasa tergugat dengan cadangan kajian mengenai kewajiban pensijilan halal itu.

“Lagipun, soal hal ehwal agama ini termasuk isu halal ini, adalah di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, Jika kajian mendapati (perlu) mewajibkan atau tidak mewajibkan, kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja. Jika kajian ini dibawa ke Kabinet, kita berpandukan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya perkara ini tidak dijadikan polemik.

“Kita harus menghormati situasi semasa. Walaupun saya Pengerusi Majlis Halal Malaysia, tentu saya mengambil tindakan yang berhati-hati dalam menentukan dapatan terhadap kajian,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja ke China, hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar membentangkan laporan mengenai isu tersebut dan langkah seterusnya pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Pada 6 Sept, Mohd Na’im dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Isu itu mencetuskan kontroversi apabila ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dilaporkan berkata pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Ahmad Zahid berkata proses mendapatkan sijil halal memerlukan pemohon untuk memenuhi syarat yang ditetapkan supaya proses permohonan berjalan lancar dan tidak terganggu.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menuduh Jakim ‘lambat’ dalam mengeluarkan sijil halal.

“Dulu ambil masa sembilan bulan, kemudian atas persefahaman Majlis Halal Malaysia dan Jakim, tempoh dipendekkan kepada 23 hari bekerja, dan kini dipendekkan lagi kepada 15 hari bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan.

“Sekiranya semua syarat dipenuhi, dan sebelum itu, kita juga akan memanggil semua bakal pemohon ke suatu majlis libat urus Jakim untuk memberitahu tentang syarat yang perlu dipatuhi bagi memudahkan proses kelulusan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings