the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Silap paparan Jalur Gemilang: Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM – KSN

SEPANG: Tindakan sewajarnya akan diambil berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini selepas laporan lengkap diperoleh.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Dr Aminuddin Hassim telah diarahkan menyediakan laporan lengkap berhubung insiden itu.

“Saya rasa masalahnya bila nak reka bendera ini, kita kena reka betul-betul. Kena faham semangat bendera itu sendiri. Masalah timbul bila kita tak faham semangat itu,“ katanya kepada media pada majlis sesi meja bulat bersama KSN berhubung agenda nasional tadbir urus baik, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai.

Shamsul Azri berkata reka bentuk bendera negara seharusnya dihasilkan dengan tangan dan kefahaman rakyat sendiri bukan bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kenapa nak pakai AI? Bendera negara, buat sendirilah. Kalau guna pun, kadang-kadang hasilnya salah, jalur makin melebar di tengah, itu tak betul. Cintai bendera anda, cintai negara anda,“ katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebarang rekaan simbol negara perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati.

“Apa sahaja yang kita hasilkan untuk dikeluarkan terutamanya bagi tujuan liputan media mesti disemak dengan teliti kerana benda macam ini tak sepatutnya berlaku,“ katanya.

Beliau berkata sudah ada garis panduan rasmi dalam penggunaan Jalur Gemilang namun tapi kadang-kadang manusia tidak peka dan terlalu selesa sehingga berlaku kesilapan.

Terdahulu, KPM dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM yang diedarkan hari ini.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada layanan dua darjat dalam isu membabitkan insiden paparan bendera tidak lengkap dan siasatan akan dijalankan terhadap pihak terlibat.

Anwar juga menegaskan bahan penerbitan berkaitan simbol negara tidak boleh bergantung kepada AI dan perlu melalui pemeriksaan teliti.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

Aon names Karl Hamann as chief executive officer, Philippines

Karl Hamann has been appointed CEO of Aon Philippines, bringing over 30 years of regional leadership experience to drive integrated solutions, client engagement, and business growth.

WHO seeks $1 billion for world’s worst health crises

World Health Organization appeals for $1 billion to aid 239 million people in 36 severe emergencies, including Gaza and Sudan, as global funding shrinks and access to care declines.
spot_img

Popular Categories