the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM beku 41 akaun bank milik Aman Palestin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti syarikat lain berkaitan dengannya membabitkan wang berjumlah lebih RM15 juta.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan awal ke atas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendapati dianggarkan RM70 juta telah disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhannya.

“Akaun bank berkenaan dibekukan semalam oleh SPRM dan ia milik Aman Palestin dan syarikat lain yang berkaitan dengannya dan melibatkan dana berjumlah RM15,868,762.

“Sejak siasatan bermula pada 17 Okt lepas SPRM telah merakam keterangan saksi penting dan membuat penggeledahan di premis NGO itu dan memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu,“ menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada bulan lepas, SPRM mendedahkan pihaknya sedang menyiasat Aman Palestin berikutan timbul keraguan daripada masyarakat dan laporan media tempatan yang mempersoalkan sama ada wang derma yang dikumpul betul-betul disalurkan kepada rakyat Palestin.

Susulan itu, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lepas turut meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings