the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.

SPRM menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri, seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim di Dewan Rakyat hari ini.

“Walaupun SPRM menghormati hak Ahli Parlimen untuk menyuarakan pandangan mereka secara bebas, adalah penting agar kenyataan yang dibuat berasaskan fakta yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan,“ menurut kenyataannya di sini hari ini.

SPRM juga sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh SPRM atau Ketua Pesuruhjayanya berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas menteri.

Terdahulu, perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat bertukar menjadi kecoh apabila isu wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP dibangkitkan oleh Awang Hashim (PN-Pendang).

Awang mempersoalkan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut walaupun sudah lebih setahun ia berlalu.

Susulan itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) memberi tempoh 24 jam kepada Awang untuk mendedahkan nama pemimpin DAP yang didakwanya menyimpan wang berjumlah RM94 juta di rumah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings