the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Brunei berkenan menerima menghadap PM Anwar

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota antara lain bagi membincangkan tentang kemajuan kerjasama Malaysia dan negara itu.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan turut dibincang persediaan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 yang bakal berlangsung di Bandar Seri Begawan bulan depan.

“Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara Malaysia dan Brunei Darussalam selain membincangkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.

“Mendoakan semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-Allah,” kata beliau.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi tadi.

Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings