the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor berkenan terima menghadap Nga Kor Ming

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, di sini pada Jumaat.

Nga dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata dalam sesi menghadap yang berlangsung selama 90 minit itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dan berganding bahu bagi merancakkan semula ekonomi agar negara kembali disegani dunia.

Beliau berkata Sultan Sharafuddin juga menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pembangunan di Selangor.

“Selain melaksanakan dasar mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Sultan Sharafuddin juga ada bertitah bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha dalam sektor industri tenaga boleh diperbaharui, termasuk pembangunan loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) serta pembangunan ekonomi hijau.

Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji untuk menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, mampan, efektif serta merancakkan ekonomi kitaran,” katanya.

Nga berkata Selangor akan menjadi negeri kelapan menerima pakai Akta 672 sekiranya kerajaan negeri bersetuju untuk mengguna pakai akta itu dan jelasnya, ia akan membantu pengurusan sisa pepejal yang lebih lancar, teratur dan moden. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings