the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Chen Wing Sum

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tun Michael Chen Wing Sum yang meninggal dunia semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda mengenali mendiang yang juga bekas Timbalan Presiden MCA sebagai seorang ahli politik yang komited berkhidmat untuk rakyat.

“Di atas jasa dan sumbangan semasa hayatnya, pada 1977, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengurniakan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S),” menurut hantaran itu.

Semalam Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di laman Facebook mengesahkan Chen menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun.

Menurut Wee mendiang telah memainkan peranan penting khususnya dalam memudahkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China melalui ‘Diplomasi Ping Pong’ seterusnya memupuk hubungan yang membawa kemajuan dan kerjasama bermakna antara kedua-dua negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings