the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah – UPKO

KOTA KINABALU: Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata beliau amat mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Armizan Mohd Ali berkaitan kerjasama GRS dan PH yang sedang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, masih banyak perkara berkaitan kerjasama ini perlu direalisasikan terutamanya perkongsian pelantikan politik dan resolusi daripada komponen PH yang ingin sokongan daripada kerajaan negeri. Ini semua memerlukan kerjasama,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Armizan yang juga Timbalan Setiausaha GRS berkata beliau berpendirian agar perpaduan sedia ada antara gabungan itu dengan PH diteruskan pada PRN Sabah akan datang.

UPKO adalah parti komponen PH bersama PKR, DAP dan Amanah.

Ewon berkata setakat ini, belum ada kerjasama ‘tulen’ ketara GRS dan PH khususnya di peringkat akar umbi, bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta rakan pimpinan kerajaan negeri termasuk dua wakil PH dalam kabinet Sabah untuk menterjemah kerjasama itu.

Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Hajiji dan pernah mempertahan pemimpin itu ketika krisis politik tahun lepas namun berkata kerjasama GRS dan PH dalam kerajaan negeri perlu terus diperkukuh.

Dalam mendepani PRN Sabah akan datang, Ewon berkata GRS dan PH perlu mengadakan perbincangan baharu bagi merangka pelan lebih segar terutama dalam merealisasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding.

Ewon berkata situasi PRN Sabah Ke-16 pada 2020 dan politik ketika ini amat berbeza justeru beliau tidak bersetuju dengan pandangan bahawa kerusi DUN tertentu adalah milik mutlak parti tertentu untuk ditandingi pada PRN akan datang.

“UPKO mempunyai rakan gabungan yang berbeza pada masa itu, begitu juga dengan GRS. Jadi senario telah banyak berubah, sebab itu kita memerlukan perbincangan baharu terutamanya berkaitan pengagihan kerusi pada PRN akan datang,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings