the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kompromi terhadap pemilik premis sewa lesen dan gaji pendatang: Zaliha

PUTRAJAYA: Semua pemilik premis perniagaan di Kuala Lumpur diingatkan supaya mematuhi segala peraturan khususnya melibatkan pekerja asing, yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau telah mengarahkan DBKL untuk melakukan pemantauan berkala terhadap perkara itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin dapat dibanteras.

“Mereka (pemilik premis) perlu menggunakan saluran yang betul jika hendak mengambil pekerja asing dan perlu mengelak sama sekali menggaji pendatang tanpa izin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia yang telah menyerbu dan menangkap pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur dua hari lepas.

Dalam serbuan Khamis lepas, sebanyak 1,101 warga asing kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan selepas hampir satu batalion pegawai dan anggota polis daripada PGA menyerbu Jalan Silang atau terkenal dengan jolokan “Mini Dhaka”.

Operasi dilakukan ekoran aduan daripada orang awam yang rimas dengan perlakuan warga asing yang bertindak memonopoli premis perniagaan di kawasan itu dan bertindak besar kepala dengan penduduk tempatan, selain menjadikan kawasan itu seolah-olah perkampungan mereka.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings