the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga individu termasuk peniaga wanita alami kerugian terpedaya pinjaman tidak wujud

KUALA TERENGGANU: Seramai tiga individu di Terengganu termasuk seorang peniaga wanita mengalami kerugian berjumlah RM20,040 akibat terpedaya dengan penipuan pinjaman tidak wujud, sepanjang minggu lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata ketiga-tiga mangsa telah melihat iklan mengenai pinjaman wang pada laman Facebook dan tertarik dengan tawaran yang diberikan sebelum bersetuju untuk membuat pinjaman.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta membuat pelbagai bayaran ke beberapa akaun bank bagi mendapatkan wang pinjaman, namun mereka tidak menerima wang pinjaman yang dimohon.

“Bagi kes pertama mangsa merupakan seorang kontraktor (lelaki) berumur 41 tahun telah membuat permohonan pinjaman RM10,000 dan mengalami kerugian RM4,100.

“Mangsa kedua pula berumur 37 tahun yang merupakan seorang peniaga (wanita) telah memohon pinjaman RM60,000 dan mengalami kerugian RM8,400.

“Bagi kes ketiga pula mangsa merupakan seorang operator (lelaki) berumur 33 tahun telah memohon pinjaman RM60,000 dan mengalami kerugian RM7,540,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazli berkata sehubungan itu orang ramai diingatkan supaya menyemak nama syarikat, syarat sah pemberi pinjam wang berlesen dan prosedur bagi pinjaman wang yang sebenar, bagi mengelak menjadi mangsa penipuan, selain membuat semakan melalui laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pengesahan syarikat pinjaman wang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Police hunt for man driving against traffic, hitting two vehicles on NSE

Acting Rembau district police chief DSP Azmi Ali said the incident occurred after the police ordered the 30-year-old driver to stop following a check that found the road tax and insurance for the Volkswagen Passat vehicle had expired.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings