the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN tentang keperluan kurangkan risiko bencana

PUTRAJAYA: Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara ASEAN dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi kenyataan hari ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata tsunami turut menjadi lebih signifikan bagi pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan, kedayatahanan, mitigasi dan kebolehsesuaian dalam menghadapi bencana.

“Hari ini saya telah menghadiri majlis Memperingati 20 Tahun Tsunami Lautan Hindi dan Hari Pengurusan Bencana ASEAN di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, Brunei, yang diadakan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12.

“Majlis ini bagi mengimbau kenangan pahit tragedi tsunami yang meragut lebih 230,000 nyawa di 14 negara, selain memberi impak bencana yang besar kepada komuniti di Asia Tenggara dan rantau Lautan Hindi,” katanya dan menambah majlis itu amat signifikan kerana bencana tsunami pada 2004 telah membentuk semula kaedah menangani dan mengurus risiko bencana.

Ahmad Zahid menghadiri majlis itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus.

Sebelum majlis berlangsung, Ahmad Zahid serta wakil dari negara anggota ASEAN telah menanam pokok sebagai simbolik terhadap semangat pemulihan yang berkekalan dan tanda penghormatan untuk daya tahan alam semula jadi serta komuniti yang terjejas.

Selain delegasi dari Malaysia, majlis itu turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman.

Brunei merupakan Pengerusi bagi AMMDM kali ke-12 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam bertemakan “Membangunkan ASEAN yang Berdaya Tahan melalui Pemulihan Bencana yang Inklusif dan Mampan”.

Mesyuarat itu berperanan sebagai forum untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu strategik dan terkini serta membincangkan kemajuan semasa dan status perkembangan program di bawah Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2021-2025.

Penyertaan Ahmad Zahid dalam AMMDM kali ke-12 itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara ASEAN serta memperkuat daya tahan rantau ini terhadap bencana alam sekali gus mengerat hubungan dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings