the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, October 11, 2026
27.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trump didakwa berhubung kes bayar sejumlah wang untuk tutup mulut

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem ‘lucah’ , lapor Agensi Berita Xinhua.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

“Presiden Trump didakwa. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,“ menurut kenyataan itu.

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan akan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.

Bragg dan pembantunya telah menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar sebanyak US$130,000 kepada Stormy Daniels menjelang pilihan raya presiden 2016.

Bayaran itu bertujuan untuk menghalang Daniels daripada mendedahkan kepada umum tentang dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006.

Trump dari parti Republikan yang menjadi presiden AS. berkhidmat dari 2017 hingga 2021, menafikan dakwaan itu serta menolak sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.

Kes itu mendapat tumpuan memandangkan belum ada bekas presiden AS yang pernah didakwa atas pertuduhan jenayah apatah lagi tatkala Trump dikatakan mahu bertanding semula dalam pemilihan presiden akan datang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cristiano Ronaldo provisionally suspended after Portugal walkout

Cristiano Ronaldo has been provisionally suspended as the Portuguese football federation announced Saturday that it had opened disciplinary proceedings against the 41-year-old following his decision to walk out on the national team.

Big Apple Donuts & Coffee Opens Its 100th Store in Malaysia, Celebrates With RM1...

PUCHONG, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 10 October 2026 – Big Apple Donuts & Coffee, the donut and coffee brand born and grown in Malaysia, today opened its 100th store in Malaysia at IOI Mall Puchong, marking a major milestone in its 19-year journey.

Most Viewed

spot_img