the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh kereta mewah musnah dalam kebakaran

KUCHING: Sebanyak tujuh kenderaan mewah musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel di Jalan Pahlawan, Bintawa di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.50 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan lapan kereta mewah yang berada di dalam garaj bengkel terbabit. Empat kenderaan (jenis Volkswagen, Mercedes, BMW dan Audi) telah terbakar 100 peratus, manakala tiga kenderaan (dua Mercedes dan sebuah BMW) terbakar 50 peratus.

“Sebuah kenderaan (Volkswagen) berjaya diselamatkan. Kebakaran tidak melibatkan kemusnahan struktur bangunan dan telah dapat dikawal pada 5.28 pagi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings