the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh sekolah di Terengganu ditutup kerana banjir

KUALA TERENGGANU: Tujuh sekolah di dua daerah negeri ini terpaksa ditutup akibat dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata daerah terlibat termasuk Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) Sheikh Abdul Malek; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman; SK Gelugor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin, SK Kedai Buloh dan SK Lubuk Periuk.

“Tujuh sekolah tidak dapat beroperasi dan diberi cuti bencana kerana kawasan sekolah atau laluan ke sekolah dinaiki air.

“Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), JPNT sudah bersiap sedia dan akan menggerakkan Ops Payung sekiranya keadaan semakin buruk,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekitar bandar raya Kuala Terengganu mendapati beberapa lokasi termasuk Jalan Sultan Omar, Jalan Pusara, Kuala Ibai dan Cabang Tiga telah dinaiki air.

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings