the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tukang masak ditahan bersama 8kg dadah

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SEPANG: Seorang tukang masak ditahan bersama lapan kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM264,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bersama satu bagasi di Balai Berlepas KLIA Terminal 2, pada 5 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bagasi dibawa suspek telah menjumpai lapan bungkusan plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine, yang dibaluti dengan pakaian.

“Hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek akan berlepas dari KLIA Terminal 2 ke Bintulu, Sarawak pada 6.30 pagi hari sama,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Imran berkata suspek juga mendedahkan dia datang ke Kuala Lumpur bersama seorang lagi rakan lelakinya pada Sabtu lepas, bertujuan mendapatkan bekalan dadah untuk pasaran Sarawak.

Susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menahan seorang lelaki yang juga rakan kepada suspek yang berlepas ke Miri menerusi penerbangan berasingan pada 9 pagi hari sama.

Turut dirampas lapan bungkusan plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 8.3kg bernilai RM274,000.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan kedua-dua suspek ialah membalut dadah dengan pakaian yang disorokkan dalam bagasi seterusnya menggunakan perkhidmatan daftar masuk sendiri, yang dianggap sukar dikesan pihak berkuasa.

Mengulas mengenai suspek yang ditahan di KLIA Terminal 2, Imran berkata hasil saringan awal mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dan mempunyai enam rekod jenayah lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Imran berkata siasatan juga mendapati suspek menerima upah RM8,000 untuk satu perjalanan membawa dadah dari Semenanjung ke Sarawak.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lepas bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 5(1) (a) ADB 1952.

“BSJN IPD KLIA akan meneruskan siasatan dengan bantuan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan JSJN Bukit Aman untuk mengesan saki-baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img