the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Turkiye kutuk tindakan cemar Al-Quran dan bendera di Denmark

MOSCOW: Kementerian Luar Turkiye pada Sabtu mengecam “serangan keji” sekumpulan orang pada Jumaat yang mencemarkan kitab suci Al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci Al-Quran dan bendera kegemilangan kami di Denmark pada tengah hari 24 Mac,” menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.

Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan, sekali lagi mendedahkan bahawa Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia telah berada pada tahap yang membimbangkan di Eropah.

Jabatan luar negara Turkiye turut memaklumkan pihak berkuasa Denmark bahawa Ankara menganggap tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan menggesa tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mencegah provokasi seperti itu.

Januari lepas, Rasmus Paludan, pemimpin parti politik Denmark Stram Kurs, membakar naskhah al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye.

Sebagai tindak balas, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli NATO. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings