the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Unsur moden berupaya hakis identiti busana tradisional Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Gabungan rona fabrik hitam dengan sentuhan renda keemasan serta manik berkilauan terus menjadikan pakaian tradisional Sabah dan Sarawak sentiasa dikagumi semasa perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bukan sahaja oleh penduduk tempatan, malah pelancong asing.

Kini, pakaian tradisional yang suatu ketika hanya popular di dua negeri di Borneo itu semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda, terutamanya mereka yang bekerja di ibu negara.

Buktinya jelas kelihatan pada Borneo Native Festival (BNF) di Pasar Seni di sini pada minggu lepas apabila ramai pengunjung tampil dengan busana tradisional Sabah dan Sarawak, tetapi dipadankan dengan gaya moden.

Bagaimanapun, kepelbagaian gaya moden itu sedikit membimbangkan Sarah Sanapan, 59, seorang tukang jahit pakaian tradisional Sabah yang sentiasa berusaha mengekalkan keaslian setiap rekaannya terutama pakaian kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) supaya tidak hilang ditelan zaman.

“Saya khuatir di tengah arus pemodenan yang kian deras, pakaian tradisional mula kehilangan sentuhan keasliannya apabila ada usaha untuk memodenkannya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa BNF baru-baru ini.

Berpengalaman lebih 20 tahun menjahit baju tradisional KDMR, wanita berbangsa Bisaya itu berkata tukang jahit pakaian tradisional sepertinya harus memainkan peranan sebagai duta budaya bagi menasihati pelanggan agar mengekalkan busana tradisi yang asli.

Berkongsi mengenai proses menjahit pakaian tradisional, Sarah berkata pakaian tradisional Sabah berbeza mengikut suku kaum serta daerah, namun antara yang paling rumit dan mengambil masa lama untuk disiapkan adalah baju Sinipak Dusun Tindal dari Kota Belud.

“Untuk menyiapkan sepasang baju Dusun Tindal mengambil masa lima hari kerana perlu ketelitian semasa menjahit para-para (lengan baju), siling (renda keemasan) dan manik, paling mudah adalah baju Kadazan Penampang yang boleh siap lima pasang dalam sehari,” katanya.

Bagaimanapun, Sarah berkata Baju Dusun Tindal antara yang paling laris terutama dalam kalangan warga Sabah di Semenanjung, pelancong asing dan penari kebudayaan.

Mengenai harga pakaian tradisional pula, beliau berkata ia dijual antara RM300 hingga RM2,000 bergantung kepada perhiasan selain perlu dipadankan dengan aksesori seperti rantai, gelang dan tali pinggang yang dipanggil “himpogot” atau “tangkong”.

Turut berkongsi mengenai kepentingan mengekalkan keaslian pakaian tradisional ialah tukang jahit dari Sarawak, Catherine Eric, 57, yang kali pertama membawa koleksi dari negerinya ke Semenanjung Malaysia melalui BNF.

Wanita berbangsa Iban itu bimbang jika terlalu banyak unsur atau terapan moden digayakan dengan busana tradisional akan menghilangkan seni tradisi dan makna yang ada pada setiap pakaian.

Catherine turut berkongsi bahawa beliau banyak menerima tempahan untuk pakaian tradisional Bidayuh, namun proses menjahitnya mengambil masa kerana bahagian lis (renda keemasan) perlu dijahit dengan teliti.

“Biasanya saya mengambil masa selama dua hingga tiga hari bagi menyiapkan sepasang baju Bidayuh, tetapi kalau ada permintaan mendesak, saya akan berusaha untuk sekurang-kurangnya siapkan baju itu dalam masa sehari,” katanya.

Sepasang baju wanita Bidayuh tanpa sebarang perhiasan berharga antara RM250 hingga RM450 dan sekirannya dipakai lengkap dengan perhiasan seperti selendang, tali pinggang, gelang tangan dan kaki ia boleh mencecah RM1,500.

Mengenai BNF, Sarah dan Catherine senada bahawa ia ibarat jambatan budaya yang memperkenalkan kekayaan seni serta tradisional Sabah dan Sarawak kepada masyarakat pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia serta pelancong asing.

Festival tahunan setiap kali Pesta Kaamatan dan Hari Gawai itu sentiasa dinantikan komuniti Borneo di Semenanjung Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings