the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita jangan takut main peranan lebih besar – Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar golongan wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan bagi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara dan menjadi ejen perubahan ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam pembentukan peradaban Islam. Contohnya Sayidatina Khadijah, seorang wanita yang bukan sahaja menjadi isteri Rasulullah SAW, tetapi juga seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pendukung utama dakwah Islam.

“Begitu juga dengan Sayidatina Aisyah, seorang ilmuwan dan perawi hadis yang ilmunya menjadi rujukan sepanjang zaman. Kepimpinan wanita dalam Islam bukan sekadar berada di belakang tabir, tetapi turut menyumbang secara langsung dalam aspek pentadbiran, pendidikan dan pembangunan masyarakat.

“Wanita bukan hanya pelengkap, tetapi pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan nilai-nilai hikmah dan kebijaksanaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Ilmu MADANI: Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah di sini, hari ini.

Beliau berkata kepimpinan yang berhikmah perlulah berasaskan kepada nilai-nilai keimanan, keilmuan dan kebijaksanaan, keadilan dan kesaksamaan serta kasih sayang dan empati.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 1,000 wanita yang memerlukan dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Natalie C. Uy leads University Pad with a legacy rooted in education, community, and...

Natalie C. Uy continues to lead University Pad with a vision centred on education, community, and integrity, providing flexible accommodation that supports students, young professionals, OFWs, and travellers while fostering personal growth, well-being, and a strong sense of belonging.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings