SEREMBAN: Seorang wanita berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 6.35 petang.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan.
Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan busket strecther hingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan.
Kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Maslan Udin, mengesahkan kejadian itu dan menyatakan siasatan masih dijalankan.